'Kalau ikut kata nafsu,
lesu.
Kalau ikut kata rasa,
binasa.
Kalau ikut kata hati,
mati.'
Mungkin sebab aku ikut rasa hati, dan kini hati mula mati.
Di saat aku cuba tinggalkan dunia itu, kau datang.
kau datang memberi sapa dahulu.
Aqilah kata 'Relationship yang baik ialah apabila kedua-duanya saling tidak berputus asa.'
Tapi bukan ini yang dia cuba sampaikan.
Bukan afiah. Bukan dalam keadaan ini. Bukan.
Tapi di saat mulut mula melafaz bicara,
nasihat ini, muhasabah itu, tazkirah ini, usrah itu.
Tapi masa sama.
Kau masih buat apa kau katakan tidak.
Berfoya-foya sana sini.
Tak lekang fon dari tangan.
Berhubung dengan ajnabi.
=,=
Aku mula buntu.
Tatkala sendiri, hati mulai resah.
Seusai istiqamah empat bulan yang lalu,
aku mula menyapa dunia yang lama,
dunia yang penuh dengan jurang kemaksiatan.
Adakah ini yang kau inginkan?!
Monoloq sendiri,
'Hari ini genap empat puluh hari perbualan kita melalui jaringan teknologi maklumat masa kini. Bilaku sendiri mencari siapa yang peduli tentang diri ini, kau mula memperkenalkan diri.
Kau cuba fahami aku, waktu itu aku rasa seperti ada kekosongan dalam diri.
Yang Aqilah pergi membawa diri tiga minggu sunyi sepi.
Yang Syazana mula menyendiri, yang masih mengubat luka di hati.
Yang lain cuba seakan tidak peduli.
Tapi mengapa, mencari Dia, Sang Ajnabi.
Hari demi hari, semakin rancak perbualan lagha ini.
Aku sedar, seakan tidak peduli.
Teringat kata-kata Atifah 'Jangan duduk dalam suatu hubungan yang Haraam, dengan niat ingin menjadikannya Halaal suatu hari nanti, kerna tiada sapa menjanjikan hari esok.'
Allahu Rabbi =.=
Apabila rasa diri tak guna lagi, yang lain hanya tak peduli, hanya kau pupuk semangat ini.
Aku sedih dengan diri ini. Sedih kenapa?!
Sedih dengan apa yang jadi? Tak perlulah kawan. kau yang pilih jalan ini.
Tapi sampai bila nak berdosa lagi.
Aku kasihan dengan rakan sekelilingku yang seakan membuta mata, tak mampu buat apa-apa kerna melihat aku dalam keadaan sebegini.
Maaf kan aku kawan. Aku masih mencari jalan keluar daripada dunia ini.
Sekali lagi, maafkan aku, kawan.'
'Apa yang biasa kau lakukan saat aku pergi?'
'Menunggumu kembali. Kembali ke jalan Redha Ilalhi'
Insya-Allah kawan xD

No comments:
Post a Comment